Sponsors

by Quicksilver

Selamat Hari Raya....

Assalamualaikum...Selamat Hari raya semua...Maaf Zahir dan Batin yee....Saje je nk ltk gmbr2 raye fmily aku...

Family aku, fmily adik bapaku....

Serba sedikit cousinku..

Family Tercinta..

Tpii ada sesuatuu yg pling terkenal bila Hari Raya menjelang nie....

Duit Raya!!!

Kuih-Muih!!!

budak2 suke niee!!!






Balik Kamponggg.. =)

Assalamualaikum....jom blik kmpong...hehee..tahun nie aku raye dkt kmpong bpk aku..dkat Johor...Aku bertolak dari Kuching ke johor pada 27/08/11...Sampai2 je kat Johor aku djemput oleh abg dan adik bpk aku...Kami bergegas plg ke kampong kerna tkut tak sempat nk berbuka puasa....Sampai sja di rmh abg aku kmi trus berbuka puasa krn kami smpai tepat pada waktuya..Keesokan harinya, 28/08/11 kmi skeluarga kluar pergi berjln2 di bndr...Pada hari nie jdak lha aku dpt kamera bru tpi tak lah power sngt...Tpi Thank You kpd bapak aku..heee..



Camera Canon

Keesokan harinya..aku merasmikanya dgn brgmbr di tmpat boling..hehee


Terer btol lha budak nie..hahaaa




Finishing..

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

Alhamdulillah..Bertemu lagi kita di bulan ramadhan yang mulia ini iatu hari yang ke-25..So korang puasa x hari nie???

Bercakap tentang tajuk yang diberi iatu finishing..nak tau sbb apa???ermm,selama aku praktikal di yayasan sarawak..aku melaksanakan tugasan yang diberi salah satunya ialah membuat E-Album menggunakan software yang aku perolehi dari bang Ghafar..



nie lha tugasan yang aku cakap tue..


Korang nak tau  tak sapa yang aku cakap tadi bagi software kat aku..hehehe...jeng jeng jeng!!!!!!




Abang Ghafar,asyik2 merayau2 jer dalam office,hihi..


Yang kedua pulak aku buat video yayasan sarawak menggunakan software vegas pro..


Vegas Pro 9.0

Dan selain itu aku jugak ada buat movie maker utk projek ciptaan canggih dan update blog nie..
kla nanti update lagi..
Wassalam..................



Terima Kasih Yayasan Sarawak

Assalamualaikum.....haiiii.......Salam Sejahtera.....Afternoon.....Selamat berpuasa untuk hari ke-24...Hari ini aku nk ucapkan terima ksh bnyk2 dkat Yayasan Sarawak sbb hari ini cek elaun budak praktikal dh kluarr...hehee...bestt sngt2 sbb dia kluar dlm masa yg sngt2 sesuai...Syukur Alhamdulilah..



Cek siapa lah tu..hehee..Terima Kasih Yayasan Sarawak.


Semalam pulak, Yayasan Sarawak ada memberi air minuman botol berkarbonat kepada staff,sukarelawan & pelajar praktikal...bestt tuuu...air freeeeeee....siapa tak nak kn..Habis keja aku and 'the geng' iaitu eyfa,nisa & Faddia pgi ambk air free tu dkt sebelah Taska Yayasan Ku Sayang...Syukur Alhamdulilah...

Aku dpt air sarsi..tpi sempat jugak tkr2 dgn kwn aku..



Dua hari lepas pulak Pengerusi Yayasan Sarawak telah memberi Kurma kepada staff, sukarelawan & pelajar praktikal...Terima Kasih bnyk2...

ermmmm...sedop buah kurma tu untuk berbuka puasa..heheheee...



Terima Kasih bnyk2 ye Yayasan Sarawak..Kalau ada lagi jgn mlu jgn segan hantar je kat Seksyen I.T tingkat 3 ye...hehee

Morning Prayer 23/8/2011 (YAYASAN SARAWAK)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Alhamdulilah kita msh diberikan kesempatan untuk melaksanakan tugas kita sebagai umat Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan...Hari ini sdh msok hari ke-23 kita berpuasa..
Seperti biasa pada setiap hujung bulan di Yayasan Sarawak akan diadakan Morning Prayer..Di dlm majlis ini staff,sukarelawan dan plajar praktikal akan berkumpul bersama di dlm audatorium..Di sana akan diadakan pelbagai aktiviti antaranya persembahan,MP news,sambutan hari lahir,sambutan perkhawinan dan yg pling pntg almanat dri Pengarah Yayasan Sarawak..Yg 'special' nye smalam ada aktiviti memohon maaf beramai2 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yg akan dtg tak lma lgi..Nie ada bingkisan dri Morning Prayer semalam..

Sesi bersalam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Cupcake sempena sempena Sambutan Hari lahir & Ulangtahun Perkhawinan..
(semua staff,sukarelawan & Pelajar Praktikal)


Tu cupcake yg aku dpt...sedopp tak..hehee.. :)

Kengkawan Praktikalku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd blogger2 sekalian..Kepada umat Islam yg berpuasa tu Selamat Menunaikan ibadah Puasa untuk hari ke-22...Syukur alhamdulilah kita msh dberikn kekuatan untuk berpuasa di bulan Ramadhan...
Hari aku nk bgi korang tengok gmbr2 kwn praktikal ku di Yayasan Sarawak menghadapi bulan Ramadhan nie and kerja2 diorang....


EYFA
ksian tgok budak nie..dia tak shat lha, 
tpi ttp rajin membuat tugasan yg dberi..gud3.



NISA
Aaaarrr buat ape tu...on9 je kerja..hahaaa..
buat kerja tu..hehee


FADDIA
Bgusnye budak nie..ank sape lah nie..hehee..
truskn cari Antivirus tu ye..

oklh..sampai sni dlulh cerita aku tentg kwn praktikalku.. Lpas nie msty bnyk lgi...daaa..Assalamualaikum..
Selamat Berpuasa..










MENCARI BUKAN MENANTI MALAM LAILATUL QADAR


10SEP
1_529193283l
Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’. Baginda nekad. Tidak mahu “kotoran” jahiliyah hinggap pada hati dan dirinya. Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya “senjata” dan “penawar” untuk menghadapi dan mengubatinya.
Sejak berbulan-bulan baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.
Dan tiba-tiba pada satu malam yang penuh barakah, cahaya dan petunjuk, turunlah malaikat Jibrail membawa wahyu yang pertama. Saat itulah, baginda mula mendapat kekuatan, tenaga dan dorongan yang sangat luar biasa. Segala yang dinanti telah tiba. Segala yang “kosong” telah terisi.
Baginda menjadi Rasul sejak itu… mula dibebankan misi yang amat besar yakni berdakwah, mendidik dan memimpin kaumnya menuju Allah. Kembali ke fitrah. Malam yang bersejarah itu dikenali sebagai malam Al Qadar!
Mulai saat itu, selamat tinggal Hira’. Tidak ada pengasingan diri lagi selepas itu. “Rahib” sudah bertukar menjadi mujahid. Cahaya yang bermula dari dalam gua itu terlalu hebat, terlalu terang… bukan itu gelanggangnya, tetapi semesta alam. Roh iqra’ yang hebat itu disusuli kemudiannya oleh gerak Al Mudathir, lalu baginda pun menguak “selimut” uzlahnya lalu dibesarkan Tuhannya dengan sinar akidah di relung samar Jahiliah.
Apakah malam Al Qadar 1430 H ini akan ditunggu oleh hati seputih Rasulullah saw? Atau hanya diintai dan diramal oleh kebanyakan umat dengan hati yang kotor dan nafsu liar. Apakah al Qadar akan sudi bertamu di wadah hati yang begitu? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu? 
Apabila bercakap tentang Lailatul Qadar, terdapat berbagai-bagai pendapat tentang tanda-tanda berlakunya malam tersebut. Ada yang mengatakan apabila berlaku Lailatul Qadar, semua pokok menunduk rukuk dan semua sungai membeku dalam kadar waktu yang singkat. Ada pula yang mengatakan cuaca pada siang hari menjadi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk bahana Lailatul Qadar pada malamnya. Pendek kata, ada berbagai-bagai pandangan dan tanggapan. Apakah ianya benar? Pada hal di dalam Al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah saw malam Al Qadar masih kekal tersembunyi dan misteri untuk ditentukan secara pasti.
Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlaku Lailatul Qadar untuk beribadah semaksima mungkin. Hanya pada malam yang dimaksudkan itu! Apakah cara ini betul? Sedangkan, Islam tidak mengajar demikian. Memburu satu malam bernama Al Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti dan usaha membersihkan hati secara konsisten. Ia bagaikan atlet 100 meter yang berlari beribu-ribu kilometer dalam tempoh beribu-ribu jam sebagai persediaannya untuk menghadapi hari perlumbaan yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 minit dengan jarak 100 meter.
Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.
Allah swt tidak memberitahu kita rupa bentuk atau tanda-tanda Lailatul Qadar. Kita juga tidak diberitahu bilakah masanya malam itu? Namun apa yang Allah swt beritahu kita dalam surah Al-Qadr ialah tentang keutamaan Lailatul Qadar. “Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.” Apakah maksud Allah swt dengan ungkapan “lebih baik daripada seribu bulan?”
Kita harus faham bahawa surah berkenaan Lailatul Qadar sebenarnya membicarakan tentang penurunan Al-Quran. Malam diturunkan Al-Quran itu disebut Lailatul Qadar. Walau pun ia berlaku hanya satu malam sahaja, tetapi satu malam itu jauh lebih baik daripada 1000 bulan yang dipenuhi dengan kegelapan syirik, kesesatan dan sebagainya.
Menurut pandangan kebanyakan ulama tafsir, angka 1000 bulan ini tidak harus diertikan dengan bilangan antara 999 dan 1001. Sebaliknya ia dinisbahkan kepada nilai atau keutamaannya malam itu berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Surah Al-Qadr juga membicarakan tentang para malaikat yang turun disertai Jibrail a.s dengan izin Allah swt dengan membawa urusan. Jibrail turun menyampaikan wahyu yang terakhir kepada Nabi saw. Ini bermakna baginda telah mendapat Lailatul Qadar.
Namun kini, apakah urusan para malaikat turun ke bumi pada setiap bulan Ramadhan setelah kewafatan baginda?
Para malaikat adalah makhluk yang suci yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Suci. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadar. Apatah lagi pada malam itu, malaikat yang turun bukanlah malaikat-malaikat yang sembarangan, tetapi yang tinggi “rankingnya” misalnya Jibrail a.s.
Lazimnya malaikat turun untuk membawa amalan manusia misalnya doa-doa, istighfar atau hajat-hajat mereka kepada Allah swt. Namun pada Lailatul Qadar, tugas mereka adalah lebih daripada itu. Menurut pendapat ulama kontemporari, malaikat yang turun bukan sahaja untuk membawa amalan manusia pada malam itu, tetapi turut bertamu dalam hati-hati mereka yang telah mendapat penghormatan daripada Allah swt.
Siapakah mereka yang layak menerima tetamu daripada malaikat yang diutuskan Allah ini? Apa yang pasti, jiwa-jiwa yang kotor sudah tentu tidak layak mendapat kunjungan mereka. Malaikat Jibrail diperintahkan turun bertemu dengan Nabi saw pada Lailatul Qadar. Semenjak malam itu, Jibril a.s sentiasa diutuskan kepada baginda untuk menyampaikan wahyu.
Bermula pada malam itu, apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah saw semuanya mendapat bimbingan daripada Allah swt. Apa sahaja yang diucapkan oleh baginda semuanya berpandukan wahyu. Ini berbeza dengan keadaan sebelum baginda menjadi nabi. Rasulullah saw terpaksa juga berperang atau berjuang antara keinginan negatif dengan tuntutan fitrahnya, antara bisikan malaikat dengan bisikan syaitan. Hanya setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan tuntutan fitrah sentiasa dapat mengalahkan bisikan nafsu dan syaitan.
Oleh itu, sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadar, terdapat seorang malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula daripada malam itu sehingga hari berikutnya, hidupnya semakin terarah.
Jika sebelum ini bisikan syaitan dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan fitrahlah sentiasa menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Inilah tandanya orang yang mendapat Lailatul Qadar.
Orang-orang yang layak mendapat Lailatul Qadar termasuk mereka yang istiqamah berpegang teguh kepada aqidah tauhid dan tidak mencampurkannya dengan syirik walau sedikit pun sedari kecil. Mereka ini sentiasa memelihara keimanan khususnya sepanjang bulan Ramadan, bahkan semakin bersemangat terutama pada sepuluh hari terakhir Ramadan.
Mereka inilah orang-orang mendapat tetamu daripada malaikat yang turun pada malam Qadar. Malaikat akan membisikkan sesuatu kepada roh, jiwa dan fitrah mereka sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Al- Fussilat ayat 30:
“Janganlah kamu takut, janganlah kamu bersedih.”
Bencana hidup penuh dengan ketakutan dan kesedihan merupakan dua perkara yang sering disebutkan dalam Al-Quran. Namun bagi orang mukmin, Allah swt janjikan bagi mereka tiada ketakutan dan tiada kesedihan atau dalam istilah lain mereka telah mendapat ketenangan.
Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka. Bayangkan apabila hidup sentiasa dikawal oleh malaikat. Jika hendak berbuat sesuatu yang tidak baik sentiasa ada malaikat yang mengingatkan. Oleh itu beruntunglah mereka yang mendapat Lailatul Qadar.
Nilai umur seseorang selepas mendapat Lailatul Qadar adalah lebih baik sekalipun ianya singkat. Katalah ada seorang tua berumur 70 tahun telah mendapat Lailatul Qadar pada malam ini. Bermula pada malam ini, hidupnya menjadi lebih terarah kepada kebaikan. Katakanlah di Luh Mahfuz pula telah tercatat umurnya akan berakhir pada 72 tahun. Jadi nilai umurnya yang dua tahun berbaki lagi itu (yakni setelah mendapat bimbingan malaikat dengan izin Allah) adalah jauh lebih baik daripada 70 tahun hidup sebelumnya!
Sejarah pernah memaparkan kisah Firaun yang sangat membenci Nabi Musa a.s dan ingin memalukannya. Dia pun mengatur satu majlis besar-besaran dihadiri pembesar-pembesar dan rakyat Masir. Ahli-ahli sihir diraja dikumpulkan untuk berlawan dengan Nabi Musa. Namun sihir-sihir diraja itu dapat dikalahkan oleh mukjizat Nabi yang berupa ular besar.
Ular besar itu telah menelan semua ular ahli-ahli sihir itu. Rasa takjub kepada kehebatan mukjizat Nabi menyebabkan ahli-ahli sihir ini sujud kepada Allah. Mengapa mereka terus sujud menyembah Allah? Ahli-ahli sihir ini tahu membezakan yang mana ular sihir dan ular yang betul. Mereka yakin ular besar yang muncul di hadapan mereka bukanlah ular sembarangan atau ciptaan manusia.
Melihat sahaja ahli-ahli sihir telah beriman kepada Allah swt, Firaun menjadi terlalu marah. Firaun mengugut akan menyalib dan mengerat-ngerat badan mereka jika memeluk agama Nabi Musa. Namun ahli-ahli sihir itu teguh pendirian kerana lebih sayangkan iman daripada nyawa mereka sendiri. Akhirnya Firaun menyalib dan mengerat-ngerat tangan mereka dan dibiarkan sehingga mati.
Katakanlah selepas lima hari barulah mereka mati. Jadi nilai umur ahli-ahli sihir selama lima hari dalam keadaan beriman itu adalah lebih baik daripada umur mereka yang sebelumnya penuh dengan kejahatan.
Jadi, mulai bilakah perlu mempersiapkan diri supaya menjadi orang yang layak menerima Lailatul Qadar? Jawapannya ialah sejak kecil lagi. Nabi saw mempersiapkan diri, roh dan jiwanya sebelum menerima wahyu daripada Allah swt sejak daripada kecil. Baginda tidak pernah berbuat dosa pada ketika orang lain banyak berbuat maksiat. Oleh sebab itu baginda digelar Al-Amin (yang terpercaya) sejak sebelum dilantik menjadi rasul lagi.
Enam bulan sebelum Lailatul Qadar, baginda mengasingkan dirinya secara intensif meninggalkan keluarga dan kaumnya sementara waktu untuk menumpukan hati kepada Allah di gua Hira’. Itulah persediaan jiwa nabi sebelum menghadapi Lailatul Qadar.
Bagaimanakah dengan jiwa kita? Mungkinkah ibadah yang kita usahakan selama ini daripada satu Ramadan ke satu Ramadan belum menghasilkan jiwa sempurna atau suci bagi membolehkan didatangi oleh malaikat? Jika tahun ini kita tingkatkan lagi ibadah, seterusnya ditingkatkan tahun demi tahun, tidak mustahil satu ketika nanti kita akan didatangi malaikat pada malam Al Qadar.
Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadar barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan dan mengabaikan 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Ibnu Kathir pernah menyatakan dalam kitabnya, ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa setiap malam dalam bulan Ramadan ini itu ialah malam Lailatul Qadar. Jadi, lebih selamat jika kita menganggap setiap malam itulah Lailatul Qadar supaya kita berterusan meningkatkan ibadah.
Sekiranya kita tidak mendapat Lailatul Qadar, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh masih tidak sia-sia. Teringat kata Imam Hasan Al Basri, “jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan).
Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.
Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya!

Cara Buat Taskbar Blog Bergerak


Assalamualaikum semua =)) hari nie aku nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang..harap2 menjadi lha..yang nie cara-cara nak buat taskbar korang bergerak macam yang korang lihat kat bahagian atas nie..so kalau ada apa2 korang boleh rujuk tutorial di bawah nie n kalau masih x dapat rujuk dgn saya..erti kata pendek KOMEN LA..

1.Login blog dahulu
2.Pergi ke design
3.Page Elements
4.Add Gadget
5.Java script / HTML

lalu paste script berikut kedalam box HTML anda
<script>
function tb8_makeArray(n){
this.length = n;
return this.length;
}
tb8_messages = new tb8_makeArray(3);
tb8_messages[0] = "
Don't";
tb8_messages[1] = "
Forget";
tb8_messages[2] = "
To Follow Me";
tb8_rptType = 'infinite';
tb8_rptNbr = 5;
tb8_speed = 125;
tb8_delay = 1000;
var tb8_counter=1;
var tb8_currMsg=0;
var tb8_tekst ="";
var tb8_i=0;
var tb8_TID = null;
function tb8_pisi(){
tb8_tekst = tb8_tekst + tb8_messages[tb8_currMsg].substring(tb8_i, tb8_i+1);
document.title = tb8_tekst;
tb8_sp=tb8_speed;
tb8_i++;
if (tb8_i==tb8_messages[tb8_currMsg].length){
tb8_currMsg++; tb8_i=0; tb8_tekst="";tb8_sp=tb8_delay;
}
if (tb8_currMsg == tb8_messages.length){
if ((tb8_rptType == 'finite') && (tb8_counter==tb8_rptNbr)){
clearTimeout(tb8_TID);
return;
}
tb8_counter++;
tb8_currMsg = 0;
}
tb8_TID = setTimeout("tb8_pisi()", tb8_sp);
}
tb8_pisi()
</script>

p/s : Ganti text yg saya beri tanda merah dengan text yang kamu suka

kalau post ini menarik tolong comment okayy :D

15 RAMADHAN : SERUAN DARI LANGIT

Assalamualaikum, alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi saya kekuatan untuk berkarya dan menulis artikel ini. 


Mengikut perhitungan kejadian itu diramal akan terjadi pada tarikh 15 Ramadhan 1344H atau 3 Ogas 2012 bersamaan dengan hari Jummat.  Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan yang ketika itu akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit. Pada kajian dan ramalan saya suara keras yang amat dahsat tersebut kemungkinan akan muncul pada waktu sebelum subuh atau sebelum terbit fajar. Hadis Nabi di bawah ini mungkin ada kaitan dengan peristiwa tersebut.
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Suara keras dari langit yang dimaksudkan itu juga tersebut dalam beberapa siri riwayat hadis rasulullah saw tetapi saya belum dapat memastikan siapakah perawinya. Suara keras tersebut adalah suara malaikat dari langit yang bertujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada sekelian manusia tentang akan kemunculan Al Mahdi dan juga Dajjal Al Masih.
Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :
Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.

Semoga peringatan tersebut dapat memberi satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat muhammad saw dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir  kita untuk bertemu dengan Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang pasti.

Allhualam.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU

cursor terbaru

(Testing)

Cursor...
Semalam aku ada jugak baca cara untuk buat Cursor dkat blog kita sendiri...Aku ikut tutorial dari Blog Nur Afifah... Malangnya aku hanya mampu membuat nya di adobe Photoshop tapi tidak dapat diletakkan di dlam blog aku.. Dkat atas itulah cursor yg aku buat... Menghampakan btol lah...
*sapa2 yg tahu buat tlg ajarkn ye... =)

Problemaa...Problemaaaa.... :(

Assalamualaikum & gud mOrningg....
Alhamdulilah hari ini sudah masuk hari yg ke-10 kita menjalani Ibadah Puasa...


Ciri-Ciri Dreamweaver....


"Dreamweaver membenarkan pengguna untuk pra tonton laman web di web browserIa memberikan ciri-ciri pemindahan dan pengerakan,keupayaan mencari dan mengganti baris teks atau kod oleh istilah carian dan ungkapan-ungkapan biasa di seluruh tapakdan ciri template yang membolehkansumber tunggal kini dikongsi kod dan susun atur di seluruh laman web seluruh tanpapelayan-sampingan termasuk atau skripPanel tingkah laku juga membolehkanpenggunaan JavaScript asas mana-mana tanpa pengetahuan pengekodandanintegrasi dengan Adobe bersemangat Ajax rangka kerja menawarkan akses mudah untuk kandungan dinamik dan antara muka."









TETAPI!!!!!!
Aku geram betol lah dengan software ini...Masuk hari ini dah tiga hari berturut2 aku mencari jalan penyelesaian kepada masalah ku ini...haisshhhhh....dah lah aku kena 'present' Projek E-Album dengan bos aku menggunakan aplikasi ini..Tapi dtg lah pulak masalah "Top Frames Jadi Banyak".....Tension aku!!!!arghhhhhhh....Aku ada jugak tanya dekat staff kat 'ofis' ini...Tpi diorg ckp dh lama tak pakai dan ada juga dh lupa...hurmmmmm....Frustttnyaaa....
Cukuplah dulu aku bercerita tntg "Problem Dreamweaver" ini...Buat sakit ati jee...
*sapa2 yg dpt tlg aku 'leave comment' yee...tq... :)

akulh JUARA....

Assalamualaikum...  :)
Selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yg ke-8 untuk umat ISLAM.....Hari sabtu yg lalu aku & the geng telah berbuka puasa bersama di Tun Jugah,Kuching....Selesai berbuka puasa kmi trus ke Hotel Grand Magheritha untuk bersama-sama menunaikan Solat Fardhu Maghrib..Selepas itu, salah seorang drpd kwn aku mengajak untuk bermain boling di Riverside...Apalagi aku pun trus setuju sebab aku memang suka main boling...Juara lah katakan..hahahaa...Sampai di situ kami pun terus 'order' untuk dua game yg berharga RM15 seorang...keenam-enam kami main, tiga lelaki dan tiga perempuan...Di awal game pertama geng aku telah leading...aku sangat terkejut dan tergugat...tetapi di akhir pusingan pertama aku telah berjaya mengepung kembali..hua3...Apabila game kedua bermula aku tertinggal lagi di belakang lagi tetapi berjaya memecut semula...Akhirnya aku yang memenangi game malam itu...Syukur Alhamdulilah...bagi pihak perempuan pula tahniah kepada kak Eyfa kerana memenangi game malam itu...hehee
Sampai sini lah dulu celoteh aku...Banyak lagi kerja nak dibuat nie..daaaa...Assalamualaikum..




WoW hebatnya kritikan.....Alhamdulilahh...



Kritikan Membina
Kritikan membina sama sekali berbeza dengan kutukan. Sebab kritikan membina itu kata-katanya disulam peringatan, nasihat berguna untuk penambahbaikan di masa akan datang. Saya percaya, jika benar cara nasihatnya, pasti akan ada yang tertawan (pada akhlaq Islami) dan menerimanya dengan hati terbuka.
Faedahnya cukup besar, di samping beroleh pahala, kita juga mampu memperteguhkan kembali renggangan tali silaturahim. Malah dapat membikin ummah yang berilmu dan berakhlaq mulia.
Tidak sukar, hanya bermodalkan ayat-ayat cinta berhikmah saja.
Pesan Rasulullah SAW lagi:
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” (Mutafaq ‘alaih)
Berpandukan pada hadis di atas, Baginda SAW memberikan kita 2 solusi berguna untuk kita.
Pertamanya: Berkata baik. Sesiapa yang suka berkata tentang kebaikan, menyeru tentang kebenaran. Ayuh, teruskan usaha murni kalian. Mungkin di sebalik kata-kata baik itu, kita beroleh pahala yang tak terjangkakan pula.
Keduanya: Diam. Nah, jika mulut kalian atau jari-jemari kalian jenis gemar mengutuk orang – hingga tak boleh berhenti siang dan malam – , diamlah. Diam lebih baik bagimu.
Simple, tapi sukar bukan? Jika begitu, buatlah pilihan tepat sebelum terlambat...
(Yang baik itu dtgnya dari Allah dan yg buruk dtgnya drpd manusia itu sendiri)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H/2011M


niat puasa ramadhan[
“Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala “


Assalamualaikum..  =)

1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah : 183 ).

2.  "Diriwayatkan dari Thalhah bin ' Ubaidillah ra. : bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan
kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda : puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi : Adakah puasa lain yang diwajibkan atas
diriku ?. Beliau bersabda : tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah. ".


++Wishing you 1 month of Ramadhan++
4 weeks of barkat,
30 days of forgiveness,
720 hours of guidance,
43200 minutes of purification,
2592000 secs of Nur...!!
++Selamat Menyambut Ramadhan 1432H++


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...